bX-cbffmy Blogger Widgets Flashy Pink Heart

Ahad, 6 Ogos 2017

Kebahagian mungkin bukan milikku

Saat sinar pagi menyinari dunia..
Dan aku mula berhenti berjalan.
Aku menatap pada birunya langit di pagi hari.
Dan aku mula bertanya pada hati.
"Adakah dia masih mengingatiku? Adakah dia masih merinduiku? Adakah dia sudah bahagia? Adakah dia masih tersenyum buatku?"

Terkadang hati juga menyoalkan perkara yang sama.. "Adakah aku masih memerlukannya?"

Sebuah kisah silam yang membuatku lebih merasa dewasa pada hari ini. Sebuah kenangan yang mungkin tidak aku lupakan. Dan sebuah impian yang kadang kita hanya bisa merancang namun tidak kesampaian.

Mimpi yang Tuhan berikan kepadaku amatlah aku rindui.. Ingin Ku bermimpi lagi. Ingin ku mengulainginya lagi. Namun.. Aku hanya tersenyum tersenyum melihat indahnya langit di pagi itu.

Moga kasih dan sayang seseorang yang kamu cintai akan berkekalan hingga ke akhirnya.
Selamat malam.. Moga pagi indah menyinari kebahagiaan kalian.

Ahad, 8 Mac 2015

Segalanya telah berubah..

percintaan mengubah segalanya..
Persahabatan yang kita bina selama lima tahun hilang bahkan hapus sekelip mata.
Percintaan membuat kita lupa akan diri kita sendiri dan siapa yang selalu bersama kita.
Persahabatan yang indah dulu hanya tinggal sebuah mimpi yang indah antara kita.
Percintaan membuatkan seseorang rasa bertuah bahkan ingin melupakan segalanya.. hanya untuk mengejar cinta yang diinginkannya.
Tak semua persahabatan berakhir dengan percintaan.. atau sebaliknya. Kadang kala cinta tersebut bermula dengan persahabat yang benar-benar bergantung antara satu lain.

Kita berjumpa ketika di alam persekolahan..
dimana ketika itu engkau mewarni zaman itu..
Mungkin aku telah meninggalkan zaman tersebut,
dan hari ini.. aku tersenyum kerana dapat menghabiskan masaku denganmu ketika itu.
Inginku ulangi tapi...
kita hanya hidup sekali. dan aku tak akan sesali zaman persekolahanku itu yang begitu indah ketika bersamamu.

Aku tak berharap dia kembali.. 
Aku tak berhenti untuk menjadi sahabatnya..
Aku tak perduli dia masih anggap aku ada atau tidak?

Apa yang penting bagi aku adalah ingin melihat dia tersenyum..
Persahabatan ini tak akan aku akhiri hinggalah ianya benar-benar berakhir. 
#AWESOMEboy

Rabu, 13 Mac 2013

kisah hidupku dengan si dia



               Semoga kasih dan sayang ku kepada si dia tidak pernah lupus dalam hidup ku...

                     Sayangilah diriku seperti mana kamu sayang nyawa mu sendiri...